Maklumat Semasa

30 Disember 2009

MOTIVASI MEMBACA

ADAKAH kita tergolong dalam jenis manusia yang suka membaca ? Bagaimana minat yang mendalam dapat digambarkan ? Dan pernahkah kita menerima sepucuk surat dari orang yang kita cintai ?

Orang yang mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan adalah seperti seseorang yang menerima surat dari kekasihnya. Setiap ayat dibaca dengan mendalam , cuba memahami yang tersurat dan tersirat dan mengulanginya sehingga hati puas.

Apa yang mendorong sehingga surat dari kekasih dibaca sebegitu rupa ? Motivasi ? Barangkali benar kerana surat dari kekasih berupa keperluan fisiologi dan psikologi kita dan di samping ia melibatkan emosi kita kerana ia mempengaruhi sama ada kita seronok atau mendorong kita melakukan sesuatu untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri atau kepada kekasih. Adakah faktor lain ? Persekitaran ataupun pengaruh genetik ?

Apakah kita membaca cuma sebagai hiburan , untuk lulus peperiksaan atau semata-mata kerana untuk memahami dan kelak melakukan sesuatu yang positif melalui pembacaan kita ?Tepuk meja tanya buku !

28 Disember 2009

Yuran sekolah boleh dijelaskan sehingga akhir tahun

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ibu bapa dibenarkan menjelaskan yuran sekolah dan bayaran tambahan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bermula sesi persekolahan depan sehingga akhir 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, bayaran secara ansuran itu diharap meringankan beban ibu bapa terutama golongan berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah.

Tahun lalu jelasnya, ibu bapa serta penjaga diminta menjelaskan kesemua yuran persekolahan murid-murid pada bulan Jun.

''Dengan penambahan masa dan pembayaran secara berperingkat, Kementerian Pelajaran berharap ia dapat meringankan beban ibu bapa serta penjaga.

''Cuma saya harap, ibu bapa tidak terlalu berkira mengenai persekolahan anak-anak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kementerian sebelum ini menetapkan yuran sekolah rendah pada kadar RM24.50 dan RM33.50 bagi sekolah menengah.

Ia merangkumi bayaran untuk kurikulum, kertas ujian dalaman, sukan tahunan, kegiatan Pendidikan Islam serta Moral, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans Takaful.

Pada 2 Disember lalu pula, kementerian mengumumkan akan mengenakan bayaran tambahan kepada ibu bapa bermula sesi persekolahan depan bagi manfaat para pelajar.

Alimuddin menjelaskan, ibu bapa dibenar membuat pembayaran sehingga akhir tahun depan kerana tidak semua aktiviti pelajar berlangsung pada awal atau pertengahan tahun.

''Arahan ini telah disampaikan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri. Saya harap semua sekolah maklum dan tidak ada (sekolah) yang mengasak ibu bapa untuk menjelaskannya segera,'' tegasnya.

25 Disember 2009

Tukang Kebun dan 13 orang anaknya

INI kisah benar. Bukan rekaan. Tempat dan orang-orang yang terlibat tidak dinyatakan secara tepat dan khusus kerana mungkin menyakitkan hati atau menyinggung perasaan anak-anak tukang kebun tersebut yang ketika ini berjawatan penting dalam bidang pendidikan , pengkomputeran , farmasi dan kejuruteraan.



Walaupun kisah ini bukannya kisah yang negatif mengenai keluarga tukang kebun tersebut , namun saya rasa tidak wajar juga memaklumkan nama dan tempat dan jawatan yang disandang oleh anak-anaknya secara khusus dan mendalam.

Tukang kebun ini tinggal di salah sebuah tempat yang kaya dengan padi di negeri Selangor. Beliau menjadi tukang kebun di sebuah sekolah kebangsaan. Ketika ini sudah pencen. Sudah 2 kali mengerjakan haji bersama isterinya ( duit dan perbelanjaan diberikan oleh anak-anaknya yang sudah menjadi “orang “ ).

Nasib tukang kebun ini sangatlah baik kerana mempunyai anak-anak yang baik , kuat tubuh badan dan mempunyai otak yang baik juga.Walaupun menjadi tukang kebun , beliau juga mengerjakan sawah walaupun terpaksa menyewa tanah orang lain. Beliau juga membuat apa juga pekerjaan yang halal untuk menyara isteri dan anak-anaknya seperti menjual hasil-hasil kampung ke Kuala Lumpur. Beliau pernah ditahan polis kerana membawa pelbagai hasil kampung untuk dijual kerana pihak polis melihat motosikal Honda kapcai 70cc yang dibawanya seolah-olah tidak mampu membawa muatan itu. Itu tahun –tahun akhir 70an dan awal 80an , ketika anak-anaknya masih kecil dan belajar di sekolah rendah dan menengah.



Anak-anaknya juga sentiasa dikerah menolong beliau atau ibu mereka di sawah atau apa-apa juga majlis kenduri sama ada di rumah orang atau di masjid. Ada pihak yang tidak senang dengan kehadiran anak-anak tukang kebun ini kerana mereka kuat makan tetapi dalam waktu yang sama mereka juga ringan tulang untuk menolong kerja-kerja kenduri ini. Anak-anak tukang kebun ini tidak disukai cuma semasa mereka kecil tetapi apabila sudah besar dan keluar dari universiti – masing-masing teringin nak buat menantu. Anak pertama hingga ke lapan semuanya lelaki. Mulai anak ke 9 hingga 13 barulah perempuan.

Anak yang pertama tidaklah begitu cemerlang kerana cuma menjadi posmen namun anak sulungnya ini mempunyai tubuh badan yang sasa dan kuat untuk menolong beliau di sawah ( ketika beliau masih bersekolah & belum bekerja sebagai posmen ).

Anak yang kedua ambil SPM dalam tahun 79 / 80 dan memperolehi pangkat 2 sahaja dengan agreget 28 dan berjaya masuk ke UTM dan buat kursus perguruan . Selepas 5 tahun berjaya memperolehi ijazah sarjana muda ( melalui program integrasi ). Mula-mula menjadi guru fizik & matematik di Kampar tetapi sekarang menjadi orang penting di Jabatan Pendidikan Negeri.




Anak ketiga seorang guru berijazah juga keluaran USM . Dengan STP 3 prinsipal ( prinsipal C , E , E dan 2 subsid – tahun 81/82/83 – kurang pasti ) . Kini seorang guru bahasa Melayu di sebuah sekolah teknik di Selangor. Sebenarnya dia mengajar di sekolah vokasional tapi sekarang semuanya ditukar nama menjadi sekolah teknik.

Anak keempat seorang lulusan sains komputer dari UTM dan kini menjadi orang penting di MIMOS.

Anak kelima seorang guru lulusan maktab dengan hanya mempunyai SPM gred 2.


Anak keenam menjadi seorang jurutera melalui latihan dalaman syarikat.

Anak ketujuh kurang bernasib baik dan bermasalah dalam kesihatan dan cuma mengerjakan sawah

Anak ke lapan juga seorang guru lulusan maktab

Anak ke sembilan seorang ahli farmasi lulusan USM.

Saya cuma mahu ceritakan sehingga itu sahaja kerana yang lain-lain masih belajar .

Lihatlah ! Betapa pelajaran telah mengubah nasib anak-anak tukang kebun tersebut. Mereka tidak mewarisi jawatan bapa mereka. Mereka tidak mewarisi kemiskinan ibu bapa mereka. Dan benarlah hanya pendidikan akan mengubah nasib orang Melayu. Dan benarlah tanpa pelajaran yang tinggi dan jawatan yang tinggi yang mereka sandang itu , kereta-kereta canggih tidak akan menjalar di hadapan rumah pesara tukang kebun sekolah tersebut.

Saya bertanyakan rahsianya. Menurut tukang kebun tersebut , beliau tidak sekolah tinggi – cuma sampai darjah 4 sekolah Melayu. Selepas solat beliau tidak pernah lupa mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya. Beliau berdoa dan memohon kepada tuhan dalam bahasa Melayu kerana beliau tidak berapa tahu bahasa Arab. Beliau juga memastikan anak-anaknya makan telur ayam kampung setiap hari sebelum ke sekolah. Yang lain-lain tidak ada katanya. Saya dan isteri saya tidak mengaji tinggi – jadi apa yang kami boleh ajar kepada mereka ? Mereka cuma berharap apa yang diajar oleh cikgu di sekolah untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Nak pergi kelas tuisyen ? Mana ada duit …! Dan lagi pun mereka kena tolong saya atau ibu mereka ke sawah atau berniaga ais krim atau kueh di gerai selepas waktu sekolah. Itu saja katanya. Mungkin juga hati mereka terang – tambahnya mengakiri cerita.



Namun itu cerita dahulu. Namun cerita sekarang adalah sebaliknya ! Pendidikan tinggi atau lulusan universiti sama ada dari dalam negeri atau luar negara belum tentu memperolehi jawatan atau gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka kecuali bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan , pergigian ,kejuruteraan dan beberapa kursus lagi. Di mana salahnya ? Entah ! Jawapannya mungkin ada pada Tangki – Tangki Pemikir Orang - Orang Besar Melayu yang bertaburan seantero Malaya ini, hehehe.

24 Disember 2009

Murid Yang Layak Ke SBP 2010

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh:

1. Muhammad Amirul Khaireabadi - SM Sains Muzaffar Shah Melaka.
2. Siti Amirah Bt Rosman - SBPI Selandar Melaka.

23 Disember 2009

Guru Berpindah Tahun 2010

En. Fakaruddin Bin Salleh - Pendidikan Khas
En. Mohd Fauzi Bin Sulaiman - PJK
Pn. Norlizawati Bt Sujak - Guru SPBT
Pn. Salmiah Bt Masri - Pendidikan Khas

09 Disember 2009

GURU SEBENAR GURU : KALAU GURU…….

HARI INI : 20 NOVEMBER 2009 – JUMAAT

tugas guru

KALAU SUKA MENJADI GURU

BEKAL DIRI SEGALA ILMU

KALAU TAK SUKA MENJADI GURU

MURID RUGI NEGARA TAK MAJU

KALAU GURU MALAS MEMBACA

ILMU DIAJAR TIDAK TENTU PUNCA…

KALAU GURU RAJIN MEMBACA

MURID MENURUT HINGGA BERJAYA

759

KALAU GURU TIDAK BERSEDIA

DALAM KELAS BANYAK BERCERITA…

KALAU GURU SENTIASA BERSEDIA

MURID CERDIK KELAS CERIA

KALAU GURU SENTIASA SIBUK

MURID MENJADI HIRUK PIKUK…

KALAU GURU SENTIASA ADA

MURID GEMBIRA DITUNJUK AJAR

broken english 4

KALAU GURU SENTIASA MARAH

MURID KELUAR TAK TENTU ARAH…

KALAU GURU MENUNJUK SAYANG

MURID PASTI SALING MENYAYANG

KALAU GURU BENCIKAN PELAJAR

TIDAK BERKAT ILMU YANG DIAJAR..

KALAU GURU KASIHKAN PELAJAR

BERKAT SEGALA ILMU DIAJAR.

03 Disember 2009

Penenang Jiwa


Dengar dan hayati doa ini. Jadikanlah ia sebagai penawar dikala hati keresahan. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Seminar PIBG mahu guru kena saman dibela kerajaan

KEBAJIKAN guru perlu dijaga terutama ketika mereka menjalankan tugas termasuk dengan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan apabila menghadapi tindakan saman kerana kejadian kemalangan menimpa pelajar. Cadangan itu adalah antara 10 resolusi diputuskan Seminar PIBG dan Guru-Guru Dalam Menangani Gejala Disiplin Murid Peringkat Kebangsaan di Hotel Gold Course, Klang, baru-baru ini.

Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Hasan Ahmad, berkata dalam seminar tiga hari berakhir semalam, pihaknya memohon supaya ibu bapa mengelak tindakan menyaman guru atas kemalangan yang bukan berpunca daripada kecuaian mereka kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak terbabit.

Beliau berkata jika tindakan ibu bapa sewenang-wenangnya menyaman guru berleluasa, dikhuatiri ramai golongan pendidik ‘takut’ dan hilang minat menjalankan aktiviti kokurikulum sedangkan kegiatan itu memberi manfaat besar terutama dalam pembangunan kemahiran insaniah pelajar.

“Sesetengah kejadian kemalangan pelajar seperti tiga murid yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan baru-baru ini bukan disebabkan kecuaian guru.

“PIBG boleh menjadi orang tengah berbincang dengan keluarga pelajar agar mengelak tindakan saman, lebih utama kerajaan mengambil langkah pembelaan sewajarnya supaya tindakan saman ini tidak disalahguna hingga mengakibatkan trauma dan kesan psikologi negatif kepada pendidik, sekaligus menjejaskan usaha pembangunan potensi pelajar,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup seminar berkenaan.Hasan berkata penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan berterusan juga perlu dilaksana bagi membendung gejala bekalan barang larangan seperti rokok, arak dan dadah di kalangan pelajar sekolah.

Katanya, antara lain pihak berkuasa tempatan perlu memberi amaran dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kedai runcit berhampiran sekolah yang menjual rokok kepada pelajar tempatan. Tindakan menghisap ganja yang dilaporkan berlaku di sekolah bandar juga, katanya, perlu dibendung dengan dengan pemantauan lebih berkesan dan tindakan disiplin bersesuaian.

“Buat masa ini kes pelajar menghisap ganja dan dadah di sekolah adalah terpencil namun dikhuatiri berleluasa jika tidak dilakukan langkah pencegahan, justeru pemeriksaan lebih rapi perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata resolusi lain termasuk menyegerakan penempatan guru kaunseling sepenuh masa di sekolah untuk khidmat kaunseling lebih berkesan, menyalurkan maklumat salah laku kepada PIBG bagi pengukuhan kerjasama dengan sekolah, mengambil kira elemen pembangunan sahsiah pelajar dalam pengukuran pencapaian.

Turut dicadangkan, katanya, pelantikan setiausaha PIBG di kalangan guru berpengalaman kerana amalan melantik guru baru memegang jawatan itu menjejas produktiviti sumbangan badan itu, memperluas pengajaran penulisan jawi dan khat di sekolah bagi memberi kesan emosi positif kepada pelajar, memperluas sistem e-Disiplin ke sekolah rendah, menyediakan modul latihan pengawas sekolah serta tumpuan kepada program pencegahan salah laku disiplin berbanding aktiviti pemulihan.

Mengulas hasil resolusi seminar itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ia akan dihalusi pihaknya dan dilaksana segera jika bersesuaian dengan dasar dan akta sedia ada. Sambil menjelaskan resolusi itu akan dijadikan panduan bagi merangka langkah pencegahan masalah disiplin pelajar, beliau berkata kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat turut diperlukan dalam menangani masalah itu.

23 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SK. Gangsa 2009











Saksikanlah persembahan dari murid-murid pendidikan khas SK. Gangsa Tahun 2009

15 November 2009

Syaitan pun terkejut


Assalaamualaikum warahmatullah... wabarakaatuh. Tazkirah buat semua... . Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum , "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut

!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari

ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah).
Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu

07 November 2009

Kisah Teladan: Tikus Selamat Yang Lain Jadi Mangsa

Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat sekalian, kisah ini saya petik dari laman soleh.net. Kisahnya tentang kehidupan seekor tikus yang cemas apabila melihat tuan punya rumah di mana ia tinggal membeli sebuah perangkap tikus. Saya yakin kisah ini adalah kisah rekaan namun banyak pengajaran dan I’tibar yang dapat kita kongsikan bersama. Apa kaitan perangkap tikus tersebut dengan haiwan-haiwan lain? Mungkin kita berfikir tiada kaitan langsung, tapi kisah ini menceritakan sebaliknya. Begitulah juga kehidupan kita sebagai makhluk Allah bernama manusia, ada ketika sesuatu perkara yang kita jangkakan tiada kaitan dengan kehidupan kita… sebenarnya amat hampir dengan kita. Kalau seekor tikus berasa cemas dengan ‘kehadiran’ perangkap tikus.. sedangkan belum tentu ia menjadi mangsa kepada perangkap tersebut……. apakah kita tidak merasa cemas dengan mati yang pasti sedang menanti kita??.. Fikir dan renungkan bersama.

-------------

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.

12 Oktober 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:

Gred
Sedia Ada
Gred Baru
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G
3. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.

4. Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

07 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya 2009





UJIAN SEGAK

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
MATLAMATMurid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.OBJEKTIF

Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

PROSEDUR

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) 2. Tekan Tubi ( 1 minit ) perempuan

Tekan Tubi lelaki 1 minit 3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SEGAK1. Buku Panduan Ujian SEGAK2. Pekeliling Pelaksanaan Ujian SEGAK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...