Maklumat Semasa

10 Mac 2015

Ujian Saringan Pertama UKM1 Tahun 2015.

  • Bermula pada 01 Februari 2015 dan berakhir pada 31 Mei 2015
  • Sebarang pertanyaan  sila hubungi Dr. Satilawati Binti Ramli di talian 03-8884 9318 @ Cik Arfah Binti Abdul Halim di talian 03-8884 6955 / 0636  

21 Ogos 2013

CUTI BERGANTI

PERHATIAN...PENTING..

CUTI HARI RAYA AKAN DIGANTI PADA 24 OGOS 2013 (SABTU)
CUTI JEREBU PULA AKAN DIGANTI PADA 07 SEPTEMBER 2013 (SABTU)

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN.

24 Jun 2013

Ibu bapa dibenar tak hantar anak ke sekolah semasa jerebu: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dibenar tidak menghantar nak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
"Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid. - BERNAMA

23 Jun 2013

Penutupan Sekolah Akibat Jerebu

Pengarah arahkan semua sekolah di negeri Melaka di tutup mulai esok 24 Jun 2013 kerana IPU Melaka 402 manakala IPU Bukit Rambai 459. Pihak sekolah diminta memaklumkan kepada semua guru dan ibu bapa murid. Pengumuman melalui RTM Melaka akan dibuat oleh Ketua Menteri jam 4.00 ptg tadi. Mohon tindakan pihak tuan memaklumkan ke semua sekolah daerah masing-masing. Jasmi KU Perhubungan JPM

 http://www.moe.gov.my/jpnmelaka/index.php/ms/berita-terkini/2492-pengumuman-penutupan-sekolah-pada-24-jun-2013-isnin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...