Maklumat Semasa

28 Februari 2010

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 9






Syabas dan tahniah diucapkan kepada Rumah HIJAU kerana telah menjadi juara keseluruhan dalam Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Gangsa Kali Ke 9 Tahun 2010.
Keputusan Rasmi :

Johan : HIJAU
Naib Johan : KUNING
Ketiga : BIRU
Keempat : MERAH

22 Februari 2010

Majlis Sukan Tahunan Kali ke 9, Tahun 2010

Skacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah dan AJK PIBG akan mengadakan Sukan Tahunan Kali Ke 9 pada :-

Tarikh : 24 Februari 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang SK. Gangsa
Perasmi : YB Datuk Idris Bin Harun ( Ahli Parlimen Tangga Batu )

Pihak sekolah berbesar hati menjemput semua ibubapa hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

* Pada hari Rabu semua murid akan pulang awal daripada biasa iaitu pada Jam 12.00 tengahari. Harap maklum.

Perlantikan Ketua Pengawas Dan Penolong Tahun 2010



Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Muhammad Bin Zaberi di atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pengawas sekolah dan adik Julia Izzaty Bt Mohd Jufri sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi tahun 2010.

21 Februari 2010

PELAKSANAAN "OPEN BOOK TEST" BAGI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PELAKSANAAN "OPEN BOOK TEST" BAGI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN (SUBJEK KHUSUS/JABATAN) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat bil. KP(BPPK) 111/6 Jld.5(20) yang bertarikh 12 Januari 2010, merujuk surat tersebut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju supaya kaedah Open Book Test bagi Subjek Khusus/Jabatan dalam Peperiksaan Perkhidmatan di KPM mulai tahun 2010 adalah dibenarkan. Untuk maklumat lanjut sila klik Pelaksanaan Open Book Test

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...