Maklumat Semasa

04 Ogos 2009

Piagam Pelanggan

Kami warga SK Gangsa dengan penuh keazaman dan tekad serta iltizam ,berikrar dengan penuh keyakinan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk:

1. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mematuhi peraturan sekolah supaya warga SK Gangsa bersikap positif dan sentiasa berdisiplin.

2. Mengekalkan tahap pencapaian UPSR tidak kurang daripada 50% dan terus berusaha mempertingkatkan peratus pencapaian tahun demi tahun.

3. Mengurus,mentadbir ,menjalankan tugas dan bertanggungjawab secara profesional,berkualiti ,berbudi bahasa sekali gus menghasilkan produktiviti yang cemerlang.

4. Sentiasa memelihara hubungan baik,mesra di kalangan warga SK Gangsa,ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

5. Mewujudkan dan mengekalkan suasana kekeluargaan di kalangan warga SK Gangsa.

6. Memberi bimbingan,latihan dan peluang kepada murid-murid dalam bidang kokurikulum supaya memperoleh pengalaman dan keseronokan dalam setiap aktiviti kokurikulum di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...