Maklumat Semasa

04 Ogos 2009

Biodata Sekolah

1.1 Biodata Sekolah



Sekolah Kebangsaan Gangsa mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 03 Januari 2001. Sekolah ini dibina di dalam Mukim Durian Tunggal. Pada asalnya tapak sekolah ini ialah kawasan ladang kelapa sawit. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai 400 orang murid dan 21 orang guru. Guru Besar pertama yang ditugaskan berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Mohamad Sharif b. Hussin yang berasal dari Kampung Kandang. Encik Mohamad Syarif b. Hussin telah berkhidmat di sekolah ini selama dua tahun. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Md Nor b. Jantan dari Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur pada tarikh 16 Oktober 2002. Beliau merupakan Guru Besar kedua Sekolah Kebangsaan Gangsa.

En. Muhammad Sharif Bin Hussin

Sekolah ini mempunyai keluasan tanah seluas 12 ekar. Keseluruhan kawasan sekolah ini ditar dan kawasan padang sahaja berumput. Kawasan padang dianggarkan 2 ekar iaitu menempatkan sebuah padang bola sepak, bola baling , hoki, bola jaring dan trek balapan. Manakala gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar ditempatkan di antara blok B dan C. Sekolah ini mempunyai 26 buah bilik darjah tetapi pada peringkat awalnya hanya 12 bilik darjah sahaja yang digunakan berdasarkan bilangan murid. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok A,B dan C. Blok A ialah blok pentadbiran, Blok B dan C ialah blok pembelajaran.


Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran seperti makmal komputer, bilik tayang, bilik Pendidikan seni, bilik muzik, surau, bilik bimbingan dan kaunseling, klinik pergigian, perpustakaan, makmal sains, bilik ABM, bilik kemahiran hidup, bilik mesyuarat dan bilik pra-sekolah yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Bilik – bilik tertentu seperti bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat dan makmal komputer mempunyai alat pendingin udara untuk keselesaan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...