Tarikh Lawatan : 05 Oktober 2010 Hari : Selasa Masa Lawatan : Bermula Jam 8.00 pagi hingga 8.15 malam Tempat Lawatan : Kilang Coklat Beryl's, Planetarium Negara dan Aquaria KLCC. Guru Pengiring : En. Azman Adom, Tn hj Nor Izan, En. Mohd Yussri, Pn. Rashidah Ismail dan Pn. Nor Azlina Kassim.
Saya TIDAK BERSETUJU di atas penguatkuasaan TIDAK MEMBENARKAN pemakaian BAJU KURUNG kepada Pengawas/Pengawas Baru dengan alasan untuk mengurangkan kos ibubapa untuk menyediakan dua pakaian seragam. Beberapa alasan akan saya utarakan dalam surat bantahan nanti.
dlm surat lantikan pengawas, ibubapa/penjaga berhak utk tidak membenarkan anak dilantik menjadi pengawas. kalau bersetuju kenalah ikut peraturan dan syarat yg tlh ditetapkan. Jika semua ibubapa pengawas bersetuju dgn syarat tersebut, tak kanlah disebabkan en sulaiman tidak bersetuju pihak sekolah terpaksa ikutkan kehendak encik seorang. Saya cadangkan kalau encik tak bersetuju, jgn benarkan anak encik dilantik jadi pengawas. Itu adalah lebih baik...
Terima kasih di atas komen dan pandangan yang diutarakan... Peraturan yang dibuat telah dibincangkan kerana terdapat ketidakseragaman berpakaian sewaktu hari persekolahan. Di samping itu, ianya bertujuan untuk mendidik para pengawas untuk lebih berketrampilan serta segak berpakaian. Berkenaan seragam Baju Kurung, ianya baru sahaja dikuatkuasakan sekitar tahun 2008 malahan ianya adalah pilihan (optional)dan dipakai hanya pada hari Jumaat sahaja, malahan peraturan ini tidak dipatuhi oleh sebilangan pengawas itu sendiri. Jika mengikut sejarah sekolah ini dibuka, pengawas perempuan memang pada awalnya tidak berseragam baju kurung. Maka, pada sesi 2010, pengurusan Badan Pengawas telah berusaha secara beransur-ansur untuk melakukan perubahan terhadap para pengawas secara keseluruhannya dari segi lantikan, disiplin, ketrampilan (termasuk pakaian seragam)dan sahsiah.
Berikut adalah salah satu pandangan; (Saya salin dari kandungan surat)
"Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan manakala Baju Melayu/Kurung adalah salah satu Baju Kebangsaan. Tidak membenarkan pemakaiannya di sekolah Kebangsaan/Melayu adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak dalam memelihara warisan kebangsaan, Melayu khususnya. Juga ia sangat menghairankan saya. Saya sangat sedih, sekiranya warisan Melayu ini terus mahu dihakis, sedar atau tidak, sedikit atau banyak, walau dengan apa alasan sekalipun.
Ketidakbenaran pemakaian Baju Kurung milik Melayu ini skopnya sedikit sebanyak laksana tindakan Kamal Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat.
Padahal ia adalah sekolah Melayu/Kebangsaan. Bukan Jenis.
Walau apa pun. Cukup lah setakat ini perbincangan saya. Saya hormat kalian sebagai pendidik kepada anak saya.
Harap perbezaan pendapat, atau pemahaman ini dapat saya ketepikan dan mudahan perlindungan, pertolongan dan rahmat ALLAH itu memihak kepada kita.
terima kasih atas pandangan en sulaiman. saya harap anda tidak rasa kecewa. teruskan jika ada pendapat atau pandangan yang baik untuk kita kongsi bersama demi kemajuan sekolah dan anak2 kita. semoga dengan pandangan anda akan membuka minda pihak sekolah untuk mengkaji semula peraturan tersebut. namun walau bagaimanapun kita hendaklah akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. terima kasih sekali lagi. wassalam...
pada pandangan saya, pihak Badan Pengawas itu sendiri mempunyai peraturan yang ingin dibuat... bukan mengenepikan pemakaian baju kurung tetapi hanya ingin membuat perbezaan dari seragam pakaian murid yang bukan pengawas dengan pengawas... walaupun ianya merupakan baju kebangsaan, malahan tidak semua murid-murid di sekolah2 yang memakai baju kurung... saya berharap agar isu ini tidak berpanjangan dan komentar yang diberi mungkin dapat menjadi panduan kepada warga pendidik SK Gangsa...
Saya ingin memberikan sedikit ulasan tentang beberapa pandangan dan saranan yang dikemukakan.Pada pendapat saya pihak sekolah telah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak kita sejak dari pembukaan sekolah lagi(2001). Pendapat tentang pemakaian baju kurung untuk pengawas adalah satu cadangan yang baik . Namun begitu pihak kita harus ingat bahawa tugas sebagai guru masakini amat mencabar dan penuh dengan pelbagai dugaan. Keseragaman perlu ada agar anak-anak kita nampak lebih bergaya dan kemas semasa menjalankan tugas sebagai pengawas. Jika sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pemakaian vest untuk anak perempuan kita, maka tak perlulah menjadi pengawas. Jangan pula satu hari nanti kita lihat ada pengawas yang memakai vest dan separuh yang memakai baju kurung. Walaupun baju kurung adalah salah satu baju kebangsaan kita.. pada zahirnya rasanya pihak guru2 ingin agar pengawas nampak lebih berketerampilan bila memakai baju yang seragam. Seperkara lagi janganlah disebabkan perkara kecil sehingga tindakan guru2 yang amat saya sanjung di SKG ini disamakan dengan tindakan pemimpin2 besar.... Oleh itu fikir-fikirkanlah sebelum menyatakan sesuatu.. agar anak2 kita dapat belajar dengan tenang dan yakin. Wassalam.
Bapa kepada anak yang masih bersekolah diSKG sejak 2001...
Satu lagi harapan saya sebagai bapa kepada anak yang masih bersekolah di skg.
1. Ibubapa/Penjaga yang mempunyai idea/pendapat/pandangan mestilah hadir di Mesy. Agung PIBG dan memberi pendapatnya.Cuba lihat pada tahun ini 2010 hanya segelintir sahaja yang hadir walaupun Mesy Agung PIBG ini penting untuk diri dan anak2 kita. Berikan pendapat dan saranan. Janganlah cuma memberikan alasan untuk tidak hadir dan membuat rungutan dan komplen sahaja. Buktikan keupayaan kita untuk bersama-sama menyokong pihak warga SKG memajukan sekolah dan sekaligus meningkatkan prestasi anak2 kita.
SAYA AMAT MENGHARGAI USAHA DAN TINDAKAN PARA GURU SKG SEJAK 2001 LAGI...
Salam semua warga pendidik.
BalasPadamSaya TIDAK BERSETUJU di atas penguatkuasaan TIDAK MEMBENARKAN pemakaian BAJU KURUNG kepada Pengawas/Pengawas Baru dengan alasan untuk mengurangkan kos ibubapa untuk menyediakan dua pakaian seragam. Beberapa alasan akan saya utarakan dalam surat bantahan nanti.
11 Oktober 2010.
dlm surat lantikan pengawas, ibubapa/penjaga berhak utk tidak membenarkan anak dilantik menjadi pengawas. kalau bersetuju kenalah ikut peraturan dan syarat yg tlh ditetapkan. Jika semua ibubapa pengawas bersetuju dgn syarat tersebut, tak kanlah disebabkan en sulaiman tidak bersetuju pihak sekolah terpaksa ikutkan kehendak encik seorang. Saya cadangkan kalau encik tak bersetuju, jgn benarkan anak encik dilantik jadi pengawas. Itu adalah lebih baik...
BalasPadamTerima kasih di atas komen dan pandangan yang diutarakan... Peraturan yang dibuat telah dibincangkan kerana terdapat ketidakseragaman berpakaian sewaktu hari persekolahan. Di samping itu, ianya bertujuan untuk mendidik para pengawas untuk lebih berketrampilan serta segak berpakaian. Berkenaan seragam Baju Kurung, ianya baru sahaja dikuatkuasakan sekitar tahun 2008 malahan ianya adalah pilihan (optional)dan dipakai hanya pada hari Jumaat sahaja, malahan peraturan ini tidak dipatuhi oleh sebilangan pengawas itu sendiri. Jika mengikut sejarah sekolah ini dibuka, pengawas perempuan memang pada awalnya tidak berseragam baju kurung. Maka, pada sesi 2010, pengurusan Badan Pengawas telah berusaha secara beransur-ansur untuk melakukan perubahan terhadap para pengawas secara keseluruhannya dari segi lantikan, disiplin, ketrampilan (termasuk pakaian seragam)dan sahsiah.
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadamBerikut adalah salah satu pandangan;
(Saya salin dari kandungan surat)
"Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan manakala Baju Melayu/Kurung adalah salah satu Baju Kebangsaan. Tidak membenarkan pemakaiannya di sekolah Kebangsaan/Melayu adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak dalam memelihara warisan kebangsaan, Melayu khususnya. Juga ia sangat menghairankan saya. Saya sangat sedih, sekiranya warisan Melayu ini terus mahu dihakis, sedar atau tidak, sedikit atau banyak, walau dengan apa alasan sekalipun.
Ketidakbenaran pemakaian Baju Kurung milik Melayu ini skopnya sedikit sebanyak laksana tindakan Kamal Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat.
Padahal ia adalah sekolah Melayu/Kebangsaan. Bukan Jenis.
Walau apa pun. Cukup lah setakat ini perbincangan saya. Saya hormat kalian sebagai pendidik kepada anak saya.
Harap perbezaan pendapat, atau pemahaman ini dapat saya ketepikan dan mudahan perlindungan, pertolongan dan rahmat ALLAH itu memihak kepada kita.
Wassalam.
terima kasih atas pandangan en sulaiman. saya harap anda tidak rasa kecewa. teruskan jika ada pendapat atau pandangan yang baik untuk kita kongsi bersama demi kemajuan sekolah dan anak2 kita. semoga dengan pandangan anda akan membuka minda pihak sekolah untuk mengkaji semula peraturan tersebut. namun walau bagaimanapun kita hendaklah akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. terima kasih sekali lagi. wassalam...
BalasPadampada pandangan saya, pihak Badan Pengawas itu sendiri mempunyai peraturan yang ingin dibuat... bukan mengenepikan pemakaian baju kurung tetapi hanya ingin membuat perbezaan dari seragam pakaian murid yang bukan pengawas dengan pengawas... walaupun ianya merupakan baju kebangsaan, malahan tidak semua murid-murid di sekolah2 yang memakai baju kurung... saya berharap agar isu ini tidak berpanjangan dan komentar yang diberi mungkin dapat menjadi panduan kepada warga pendidik SK Gangsa...
BalasPadamSalam semua....
BalasPadamSaya ingin memberikan sedikit ulasan tentang beberapa pandangan dan saranan yang dikemukakan.Pada pendapat saya pihak sekolah telah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak kita sejak dari pembukaan sekolah lagi(2001). Pendapat tentang pemakaian baju kurung untuk pengawas adalah satu cadangan yang baik . Namun begitu pihak kita harus ingat bahawa tugas sebagai guru masakini amat mencabar dan penuh dengan pelbagai dugaan. Keseragaman perlu ada agar anak-anak kita nampak lebih bergaya dan kemas semasa menjalankan tugas sebagai pengawas. Jika sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pemakaian vest untuk anak perempuan kita, maka tak perlulah menjadi pengawas.
Jangan pula satu hari nanti kita lihat ada pengawas yang memakai vest dan separuh yang memakai baju kurung. Walaupun baju kurung adalah salah satu baju kebangsaan kita.. pada zahirnya rasanya pihak guru2 ingin agar pengawas nampak lebih berketerampilan bila memakai baju yang seragam.
Seperkara lagi janganlah disebabkan perkara kecil sehingga tindakan guru2 yang amat saya sanjung di SKG ini disamakan dengan tindakan pemimpin2 besar....
Oleh itu fikir-fikirkanlah sebelum menyatakan sesuatu.. agar anak2 kita dapat belajar dengan tenang dan yakin.
Wassalam.
Bapa kepada anak yang masih bersekolah diSKG sejak 2001...
Salam semua...
BalasPadamSatu lagi harapan saya sebagai bapa kepada anak yang masih bersekolah di skg.
1. Ibubapa/Penjaga yang mempunyai idea/pendapat/pandangan mestilah hadir di Mesy. Agung PIBG dan memberi pendapatnya.Cuba lihat pada tahun ini 2010 hanya segelintir sahaja yang hadir walaupun Mesy Agung PIBG ini penting untuk diri dan anak2 kita. Berikan pendapat dan saranan. Janganlah cuma memberikan alasan untuk tidak hadir dan membuat rungutan dan komplen sahaja.
Buktikan keupayaan kita untuk bersama-sama menyokong pihak warga SKG memajukan sekolah dan sekaligus meningkatkan prestasi anak2 kita.
SAYA AMAT MENGHARGAI USAHA DAN TINDAKAN PARA GURU SKG SEJAK 2001 LAGI...