Maklumat Semasa

09 Disember 2009

GURU SEBENAR GURU : KALAU GURU…….

HARI INI : 20 NOVEMBER 2009 – JUMAAT

tugas guru

KALAU SUKA MENJADI GURU

BEKAL DIRI SEGALA ILMU

KALAU TAK SUKA MENJADI GURU

MURID RUGI NEGARA TAK MAJU

KALAU GURU MALAS MEMBACA

ILMU DIAJAR TIDAK TENTU PUNCA…

KALAU GURU RAJIN MEMBACA

MURID MENURUT HINGGA BERJAYA

759

KALAU GURU TIDAK BERSEDIA

DALAM KELAS BANYAK BERCERITA…

KALAU GURU SENTIASA BERSEDIA

MURID CERDIK KELAS CERIA

KALAU GURU SENTIASA SIBUK

MURID MENJADI HIRUK PIKUK…

KALAU GURU SENTIASA ADA

MURID GEMBIRA DITUNJUK AJAR

broken english 4

KALAU GURU SENTIASA MARAH

MURID KELUAR TAK TENTU ARAH…

KALAU GURU MENUNJUK SAYANG

MURID PASTI SALING MENYAYANG

KALAU GURU BENCIKAN PELAJAR

TIDAK BERKAT ILMU YANG DIAJAR..

KALAU GURU KASIHKAN PELAJAR

BERKAT SEGALA ILMU DIAJAR.

03 Disember 2009

Penenang Jiwa


Dengar dan hayati doa ini. Jadikanlah ia sebagai penawar dikala hati keresahan. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Seminar PIBG mahu guru kena saman dibela kerajaan

KEBAJIKAN guru perlu dijaga terutama ketika mereka menjalankan tugas termasuk dengan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan apabila menghadapi tindakan saman kerana kejadian kemalangan menimpa pelajar. Cadangan itu adalah antara 10 resolusi diputuskan Seminar PIBG dan Guru-Guru Dalam Menangani Gejala Disiplin Murid Peringkat Kebangsaan di Hotel Gold Course, Klang, baru-baru ini.

Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Hasan Ahmad, berkata dalam seminar tiga hari berakhir semalam, pihaknya memohon supaya ibu bapa mengelak tindakan menyaman guru atas kemalangan yang bukan berpunca daripada kecuaian mereka kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak terbabit.

Beliau berkata jika tindakan ibu bapa sewenang-wenangnya menyaman guru berleluasa, dikhuatiri ramai golongan pendidik ‘takut’ dan hilang minat menjalankan aktiviti kokurikulum sedangkan kegiatan itu memberi manfaat besar terutama dalam pembangunan kemahiran insaniah pelajar.

“Sesetengah kejadian kemalangan pelajar seperti tiga murid yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan baru-baru ini bukan disebabkan kecuaian guru.

“PIBG boleh menjadi orang tengah berbincang dengan keluarga pelajar agar mengelak tindakan saman, lebih utama kerajaan mengambil langkah pembelaan sewajarnya supaya tindakan saman ini tidak disalahguna hingga mengakibatkan trauma dan kesan psikologi negatif kepada pendidik, sekaligus menjejaskan usaha pembangunan potensi pelajar,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup seminar berkenaan.Hasan berkata penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan berterusan juga perlu dilaksana bagi membendung gejala bekalan barang larangan seperti rokok, arak dan dadah di kalangan pelajar sekolah.

Katanya, antara lain pihak berkuasa tempatan perlu memberi amaran dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kedai runcit berhampiran sekolah yang menjual rokok kepada pelajar tempatan. Tindakan menghisap ganja yang dilaporkan berlaku di sekolah bandar juga, katanya, perlu dibendung dengan dengan pemantauan lebih berkesan dan tindakan disiplin bersesuaian.

“Buat masa ini kes pelajar menghisap ganja dan dadah di sekolah adalah terpencil namun dikhuatiri berleluasa jika tidak dilakukan langkah pencegahan, justeru pemeriksaan lebih rapi perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata resolusi lain termasuk menyegerakan penempatan guru kaunseling sepenuh masa di sekolah untuk khidmat kaunseling lebih berkesan, menyalurkan maklumat salah laku kepada PIBG bagi pengukuhan kerjasama dengan sekolah, mengambil kira elemen pembangunan sahsiah pelajar dalam pengukuran pencapaian.

Turut dicadangkan, katanya, pelantikan setiausaha PIBG di kalangan guru berpengalaman kerana amalan melantik guru baru memegang jawatan itu menjejas produktiviti sumbangan badan itu, memperluas pengajaran penulisan jawi dan khat di sekolah bagi memberi kesan emosi positif kepada pelajar, memperluas sistem e-Disiplin ke sekolah rendah, menyediakan modul latihan pengawas sekolah serta tumpuan kepada program pencegahan salah laku disiplin berbanding aktiviti pemulihan.

Mengulas hasil resolusi seminar itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ia akan dihalusi pihaknya dan dilaksana segera jika bersesuaian dengan dasar dan akta sedia ada. Sambil menjelaskan resolusi itu akan dijadikan panduan bagi merangka langkah pencegahan masalah disiplin pelajar, beliau berkata kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat turut diperlukan dalam menangani masalah itu.

23 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SK. Gangsa 2009











Saksikanlah persembahan dari murid-murid pendidikan khas SK. Gangsa Tahun 2009

15 November 2009

Syaitan pun terkejut


Assalaamualaikum warahmatullah... wabarakaatuh. Tazkirah buat semua... . Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum , "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut

!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari

ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah).
Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu

07 November 2009

Kisah Teladan: Tikus Selamat Yang Lain Jadi Mangsa

Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat sekalian, kisah ini saya petik dari laman soleh.net. Kisahnya tentang kehidupan seekor tikus yang cemas apabila melihat tuan punya rumah di mana ia tinggal membeli sebuah perangkap tikus. Saya yakin kisah ini adalah kisah rekaan namun banyak pengajaran dan I’tibar yang dapat kita kongsikan bersama. Apa kaitan perangkap tikus tersebut dengan haiwan-haiwan lain? Mungkin kita berfikir tiada kaitan langsung, tapi kisah ini menceritakan sebaliknya. Begitulah juga kehidupan kita sebagai makhluk Allah bernama manusia, ada ketika sesuatu perkara yang kita jangkakan tiada kaitan dengan kehidupan kita… sebenarnya amat hampir dengan kita. Kalau seekor tikus berasa cemas dengan ‘kehadiran’ perangkap tikus.. sedangkan belum tentu ia menjadi mangsa kepada perangkap tersebut……. apakah kita tidak merasa cemas dengan mati yang pasti sedang menanti kita??.. Fikir dan renungkan bersama.

-------------

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.

12 Oktober 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:

Gred
Sedia Ada
Gred Baru
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G
3. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.

4. Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

07 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya 2009





UJIAN SEGAK

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
MATLAMATMurid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.OBJEKTIF

Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

PROSEDUR

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) 2. Tekan Tubi ( 1 minit ) perempuan

Tekan Tubi lelaki 1 minit 3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SEGAK1. Buku Panduan Ujian SEGAK2. Pekeliling Pelaksanaan Ujian SEGAK

15 September 2009

MALAM CINTA-KU UNTUK HAMBA-KU - - LAILATUL QADAR



Allah Ta 'ala berfirman :


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uuusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5),

12 September 2009

Tanda Kedatangan Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh.”Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan.”Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-
Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;
Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu
Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:
Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;
Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;
Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan
Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

09 September 2009

Sesi Persekolahan Bermula 3 Januari 2010

Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Januari, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata, cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.
"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Beliau berkata, cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 September, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Januari 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 September, dan cuti akhir tahun dari 20 November hingga 2 Januari 2011," katanya.
Alimuddin berkata, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari. - Bernama

08 September 2009

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari) Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah. Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

03 September 2009

5 Perkara Hindar Akhlak Buruk

ORANG yang puasa wajib meninggalkan akhlak buruk. Segala tingkah lakunya harus cerminan daripada budi yang luhur.Kita wajib menjaga diri jangan sampai melakukan ghibah seperti mengata orang lain, gosip dan melakukan hal yang tiada berguna.Pada Ramadan ini, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw.Insya-Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memberi kesedaran kepada kita sepanjang Ramadan ini.Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk;
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia;
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan;
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga; dan
Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika Ramadan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...