Maklumat Semasa

27 Ogos 2009

Kelebihan Makan Sahur


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur.

Puasa Sempurna Jika Jaga Mulut

IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar. Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.IBADAT puasa yang sedang dilalui umat Islam sekarang akan lebih sempurna apabila orang mukmin semakin berhati-hati menjaga mulut ketika berkata, menjaga mata dan telinga ketika melihat dan mendengar.Ramai yang bimbang puasa mereka tidak diterima.Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa selain lapar dan dahaga.”Daripada Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Lima perkara menghapus pahala puasa ialah berdusta, mengumpat, mengadu, membuat sumpah palsu dan melihat wanita bukan muhrim dengan nafsu syahwat."Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Puasa ialah benteng dan janganlah berkata perkara keji dan jangan bertekak seperti orang bodoh.“Jika seseorang menentang dan memakimu maka hendaklah kamu berkata:”Sesungguhnya aku sedang berpuasa (ucap dua kali).”Puasa adalah perisai yang menghalang atau memelihara kita daripada melakukan perbuatan maksiat dan mungkar.Oleh itu, kita perlu memelihara seluruh anggota sama ada lahir dan batin.Mulut dipelihara daripada menyebut perkara haram, seperti mengumpat, memfitnah dan mengata, manakala telinga dipelihara daripada mendengar perkataan yang dilarang.Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengar.Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 42 bermaksud: “Mereka yang suka mendengar perkara dusta adalah mereka yang makan makanan yang haram.”Sebagai bulan berkat, adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa mengerjakan amalan baik sebanyak mungkin, seperti bersedekah dan membaca ayat suci al-Quran serta sembahyang sunat pada malam Ramadan.

22 Ogos 2009

Ikhlas Puasa Diampunkan Dosa

RAMADAN juga bulan penuh keampunan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan puasa dan ibadat lain.RAMADAN juga bulan penuh keampunan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan puasa dan ibadat lain.Antara sebab turunnya ampunan itu berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw bermaksud :-“Barang siapa puasa Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih)“Barang siapa melakukan solat malam pada Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih)“Barang siapa melakukan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih)“Barang siapa yang dalamnya (Ramadan) memberi ifthar kepada orang berpuasa, nescaya hal itu menjadi sebab dosanya diampunkan dan pembebasan dirinya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah (dan menshahihkan hadis ini), Al-Baihaqi dan lainnya).“Ada tiga macam orang yang tidak ditolak doanya. Antaranya disebutkan, ‘orang yang berpuasa hingga dia berbuka.” (Hadis riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab sahih masing-masing dan at-Tirmizi mengatakannya hadis sahih hasan)“Tuhan kami Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun pada setiap malam ke langit dunia, (iaitu) ketika masih berlangsung sepertiga malam yang akhir seraya berfirman, “Barang siapa berdoa kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan untuknya, barang siapa memohon kepada-Ku, nescaya Aku memberinya dan barang siapa memohon ampunan kepada-Ku, nescaya Aku mengampuninya.” (Hadis riwayat Muslim).Jika sebab keampunan pada Ramadan demikian banyak, maka orang yang tidak mendapatkan keampunan dalamnya adalah orang yang memiliki seburuk-buruk nasib.Hayatilah doa yang dipanjatkan ketika datangnya Ramadan iaitu :“Ya Allah, Ramadan telah menaungi kami dan telah hadir, maka serahkan ia kepada kami dan serahkan kami kepadanya.“Kurniakan kami kemampuan untuk berpuasa dan solat dalamnya.“Kurniakan kami dalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lain lindungilah kami dalamnya daripada pelbagai fitnah.”

17 Ogos 2009

Ramadhan Beri Peluang Bersih Jiwa

IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih.Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti.

Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.”Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin.Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin.Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan.Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

11 Ogos 2009

LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH DIKUATKUASA SEPENUHNYA
Baca lagi..

SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH SENI KPM

PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN SATU ( 1 )SYARAT KEMASUKANKemasukan murid adalah berdasarkan syarat-syarat di bawah ;

Warganegara Malaysia; dan
Berbakat dan potensi dalam bidang kesenian ( seni visual, seni tari, seni Muzik, seni teater ); dan
Lulus ujian bakat ; dan
Lulus semua mata pelajaran dengan minimum 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2009

Kaedah Pengambilan :Kemasukan ke sekolah seni boleh di pertimbangkan melalui dua ( 2 ) saluran permohonan iaitu :Saluran Pertama :- Permohonan melalui Jabatan Pendidikan Negeri.Saluran Kedua :Permohonan terus kepada KPM melalui :
Permohonan ibu bapa;
Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan.
Muat turun

Borang Permohonan Sekolah Seni 2010

09 Ogos 2009

Terkini Tentang Virus H1N1

6 kematian, 270 kes baru H1N1 Aug 11, 09 12:14pm
dikemaskini Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan.

Status Terkini Sekolah Yang Ditutup Akibat H1N1

05 Ogos 2009

Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM ikut jadual

PUTRAJAYA 4 Ogos - Kerajaan tidak akan menangguhkan empat peperiksaan awam meskipun berlaku penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) kerana tidak mahu mengganggu jadual yang telah ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar yang dijangkiti H1N1 akan diasingkan atau diarah menduduki peperiksaan di hospital jika keadaannya tidak serius dan mendapat nasihat doktor.
"Kita telah putuskan peperiksaan-peperiksaan awam akan diadakan mengikut jadual. Ini penting supaya tidak terganggu jadual peperiksaan yang telah ditetapkan," katanya.

Why should learn English As Second Language

An interesting topic to share. Hope all the SKG's teachers may give your opinion here.For me, English Language as well as BM is important to us nowadays. Even though the PPSMI will be end, this issue should not burden us as we learn English for many purposes and also for the global needs.

Dengki Dan Iri Hati Balah Pada Tempatnya

Hadis :Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-BukhariHuraian :1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Hidup Ini Cuma 3 Hari

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.Nafas Turun.Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedutadalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itunafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPATKekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga.Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabilahilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannyaterjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya ... lalu dia pun berkatasetemnya akan dihantar kemudian.Ada2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udarasecara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nyasetiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaankita redha dan Allah meredhai.Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat

04 Ogos 2009

Pelan Dan Lokasi Sekolah










Piagam Pelanggan

Kami warga SK Gangsa dengan penuh keazaman dan tekad serta iltizam ,berikrar dengan penuh keyakinan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk:

1. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mematuhi peraturan sekolah supaya warga SK Gangsa bersikap positif dan sentiasa berdisiplin.

2. Mengekalkan tahap pencapaian UPSR tidak kurang daripada 50% dan terus berusaha mempertingkatkan peratus pencapaian tahun demi tahun.

3. Mengurus,mentadbir ,menjalankan tugas dan bertanggungjawab secara profesional,berkualiti ,berbudi bahasa sekali gus menghasilkan produktiviti yang cemerlang.

4. Sentiasa memelihara hubungan baik,mesra di kalangan warga SK Gangsa,ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

5. Mewujudkan dan mengekalkan suasana kekeluargaan di kalangan warga SK Gangsa.

6. Memberi bimbingan,latihan dan peluang kepada murid-murid dalam bidang kokurikulum supaya memperoleh pengalaman dan keseronokan dalam setiap aktiviti kokurikulum di sekolah.

Lagu Sekolah

Pertama kali dinyanyikan pada tahun 2002.

Dicipta oleh Encik Adam bin Arsad iaitu seorang pemain muzik tempatan pada tahun 2002 manakala liriknya dihasilkan oleh isterinya YM Puan Tengku Norgayah binti Tengku Othman.

SK GANGSA TERUS MAJU

Di sini sekolah kita
SK Gangsa tercinta
Murid-murid giat berusaha
Jayakan wawasan Negara

Berbagai sumber ilmu dicari
Bidang IT kami ceburi
Rajin dan usaha amalan kami
Takdir Illahi kami syukuri

Kegigihan……………………….
Menjamin kejayaan
Cogan kata sekolah
Pendidikan ……………………
Yang berkualiti
Mencerna Wawasan Sejati

Ibu bapa dan guru
Bersatu berganding bahu
Mencuruah bakti tanpa jemu
SK Gangsa terus maju

SK Gangsa terus maju….

Lencana Sekolah

1.2 Lencana Sekolah



Cogan katanya ialah KEGIGIHAN MENJAMIN KEJAYAAN

Makna warna dan bentuk:-

BIRU - Melambangkan perpaduan warga sekolah yang mempunyai
pelbagai kaum.

HIJAU - Melambangkan cintakan alam sekitar.

MERAH - Melambangkan semangat kegigihan dalam diri warga SK Gangsa.

KUNING - Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

PUTIH - Melambangkan kebersihan dalam diri.

Biodata Sekolah

1.1 Biodata Sekolah



Sekolah Kebangsaan Gangsa mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 03 Januari 2001. Sekolah ini dibina di dalam Mukim Durian Tunggal. Pada asalnya tapak sekolah ini ialah kawasan ladang kelapa sawit. Pada peringkat awal, sekolah ini mempunyai 400 orang murid dan 21 orang guru. Guru Besar pertama yang ditugaskan berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Mohamad Sharif b. Hussin yang berasal dari Kampung Kandang. Encik Mohamad Syarif b. Hussin telah berkhidmat di sekolah ini selama dua tahun. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Md Nor b. Jantan dari Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur pada tarikh 16 Oktober 2002. Beliau merupakan Guru Besar kedua Sekolah Kebangsaan Gangsa.

En. Muhammad Sharif Bin Hussin

Sekolah ini mempunyai keluasan tanah seluas 12 ekar. Keseluruhan kawasan sekolah ini ditar dan kawasan padang sahaja berumput. Kawasan padang dianggarkan 2 ekar iaitu menempatkan sebuah padang bola sepak, bola baling , hoki, bola jaring dan trek balapan. Manakala gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar ditempatkan di antara blok B dan C. Sekolah ini mempunyai 26 buah bilik darjah tetapi pada peringkat awalnya hanya 12 bilik darjah sahaja yang digunakan berdasarkan bilangan murid. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok A,B dan C. Blok A ialah blok pentadbiran, Blok B dan C ialah blok pembelajaran.


Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran seperti makmal komputer, bilik tayang, bilik Pendidikan seni, bilik muzik, surau, bilik bimbingan dan kaunseling, klinik pergigian, perpustakaan, makmal sains, bilik ABM, bilik kemahiran hidup, bilik mesyuarat dan bilik pra-sekolah yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Bilik – bilik tertentu seperti bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat dan makmal komputer mempunyai alat pendingin udara untuk keselesaan.

01 Ogos 2009

STAF SK. GANGSA 2002 - 2009


Staf SK. Gangsa Tahun 2002 (Guru Besar: En. Muhammad Sharif Bin Hussin)


Staf SK. Gangsa Tahun 2003 (Guru Besar: En. Mohd Nor Bin Jantan)


Staf SK. Gangsa Tahun 2004 (Guru Besar: En. Mohd Nor Bin Jantan)


Staf SK. Gangsa Tahun 2005 (Guru Besar: EN. Mohd Nor Bin Jantan)
Staf SK. Gangsa Tahun 2006 (Guru Besar: En. Mohd Nor Bin Jantan)

Staf SK. Gangsa Tahun 2008 (Guru Besar: En. Mohd Nor Bin Jantan)


Staf SK. Gangsa Tahun 2009 (Guru Besar: Tn Hj Abdullah Bin Monel)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...