Maklumat Semasa

12 April 2010

Hari Kantin SK. Gangsa 2010

Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Gangsa Akan Diadakan Pada Ketetapan Berikut:

Tarikh : 14. 04. 2010
Hari : Rabu
Masa : 8.00 hingga 12.30 petang
Tempat : Kawasan Lapang Tempat Letak Kereta

Dijemput semua ibubapa/penjaga murid SK. Gangsa hadir untuk memeriahkan lagi hari kantin pada tahun ini. Antara acara yang dipertandingkan seperti bola sepak 7 sebelah, bola jaring 3 sebelah, pertandingan mewarna dan banyak lagi acara-acara lain.

01 April 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

KLIK DI SINI UNTUK MEMULAKAN UJIAN ATAU MENYAMBUNG UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...