Maklumat Semasa

31 Disember 2010

Hari Pendaftaran Murid (30 Dis 2010)

 
sesi taklimat kepada waris murid tahun 1

Antara para ibubapa yang hadir

murid tahun 1 sesi 2011

pembahagian kelas Pra Sekolah

antara murid Pra Sekolah 2011

 
Taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar kepada ibubapa murid Pra Sekolah di Bilik Mesyuarat.

24 Disember 2010

Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh 2011

Tahniah kepada pelajar-pelajar Tahun 6 SK Gangsa  ( 2010 ) yang telah berjaya mendapat tawaran ke
Sekolah Berasrama Penuh (  SBP ) 2011.

1. Julia Izzaty Mohd Juffry                     - SM Sains Muzaffar Shah
2. Azfar Azman                                     - SM Sains Muzaffar Shah
3. Azhar Sumali                                     - SM Sains Muzaffar Shah
4. Muhammad Israf Rifqi Ibrahim           - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar


TAHNIAH KEPADA YANG TELAH MENDAPAT TAWARAN...

19 November 2010

Ibadah Korban Di SK. Gangsa

 Korban seekor lembu di padang SK. Gangsa pada 19 November 2010, hari Jumaat jam 2.30 petang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Daging korban tersebut diagihkan kepada sebahagian murid yang hadir pada majlis tersebut.

17 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan 2010D

YB Datuk Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Abdul Latip

Deretan Basikal Untuk Pelajar Yang Mendapat 5A UPSR
Antara Pelajar Yang Mendapat 5A UPSR
Sebahagian Pelajar Yang Menerima Anugerah
                            
Guru Besar Tn. Hj. Abdullah Bin Monel menyampaikan ucapan
YB Datuk Wahab dan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah Tn Hj Kassim
Guru Besar menyampaikan cenderehati kepada Ybhg Datuk Jaafar Bin Jantan
Antara Persembahan Murid
Guru Besar menyampaikan cenderahari kepada Tn Hj Kassim
Pasangan Kembar yang mendapat 5A
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Wahab
Antara tetamu yang hadir
15 orang pelajar SK. Gangsa yang mendapat 5A
                          

11 November 2010

Keputusan UPSR 2010

Tahniah Kepada Pasangan Kembar Adik Danyasri dan Damanah Raj.
Hadiah Istimewa Pasangan Kembar Yang Berjaya Mendapat 5A UPSR 2010. Anugerah Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) disampaikan oleh Ketua Unit Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Melaka. En. Yazid Bin Baharom dan Tn Hj Daud Bin Kassim.

Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2010. Setelah sepuluh tahun SK. Gangsa beroperasi, barulah tahun ini pencapaian 5A dalam UPSR mencapai angka 15 orang. Tahniah sekali lagi. Teruskan usaha anda demi untuk mencapai kecemerlangan yang seterusnya. Tahniah kepada semua guru dan warga SK. Gangsa yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Tidak lupa juga kepada PIBG yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada pihak sekolah. Mari kita panjatkan kesyukuran ke hadarat Allah SWT di atas kejayaan ini. KEGIGIHAN MENJAMIN KEJAYAAN.
Antara murid yang mendapat kejayaan 4A 1B dalam UPSR tahun 2010. Tahniah....Jangan kecewa dengan keputusan anda. Anda telah berusaha dangan penuh gigih. Bersyukur di atas kejayaan ini.


30 Oktober 2010

Hari Keluarga SK. Gangsa 2010






Sambutan Hari Keluarga SKG pada 30 Oktober 2010 dianjurkan oleh Kelab Staf SKG iaitu pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 petang. Antara acara menarik ialah :
1. Lelaki Dewasa - menjaringkan bola ke dalam gol
2. Perempuan Dewasa - Berpasangan menjatuhkan tin menggunakan bola
3. Berpasangan (Suami Isteri atau Anak) - memasukkan bola kedalam jaring
4. Kanak-kanak 3 - 4 tahun - mengutip gula
5. Kanak-kanak 5 - 7 tahun - membawa bola ping pong dengan sudu
6. Kanak-kanak 8 - 12 tahun - rebut kerusi

AJK Kelab Staf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...