Maklumat Semasa

24 Jun 2013

Ibu bapa dibenar tak hantar anak ke sekolah semasa jerebu: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dibenar tidak menghantar nak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
"Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...