Maklumat Semasa

26 Disember 2012

Pas Keluar Masuk Kawasan Sekolah


Perhatian! Mulai 01 Januari 2013, semua kenderaan yang ingin memasuki kawasan sekolah hendaklah mempunyai pelekat khas keluar masuk. Kenderaan yag tidak mempunyai pas keluar masuk hendaklah mendaftar diri di pondok kawalan keselamatan. Pas keluar masuk ini boleh dibeli pada 28 Disember 2012 iaitu semasa hari orentasi murid tahun 1 dengan harga RM3 setiap satu. Harap maklum...Arahan Pentadbiran

06 Disember 2012

KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN

TINDAKAN SEGERA

Guru Besar

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang menjalankan Kajian

pelaksanaan KSSR di sekolah rendah di seluruh negara bertujuan mendapatkan maklumat tentang

pelaksanaan KSSR dari segi pemahaman pentadbir dan guru serta pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran.

Kajian dalam talian ini melibatkan instrumen soal selidik untuk di jawab oleh pentadbir sekolah dan semua

guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan tahun 2 di setiap sekolah rendah.

Terdapat 2 borang berasingan untuk pentadbir dan guru

Borang soal selidik untuk pentadibir boleh diakses melalui:

http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir

Borang soal selidik untuk guru boleh diakses melalui:
http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru

Tarikh akhir untuk menjawab soal selidik adalah pada 30hb Januari 2013.

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi En. M. Nadaraja (03-8842052/0132359347) dari unit penilaian, sektor dasar dan penyelidikan BPK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...