Sambutan Hari Keluarga SKG pada 30 Oktober 2010 dianjurkan oleh Kelab Staf SKG iaitu pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 petang. Antara acara menarik ialah :
1. Lelaki Dewasa - menjaringkan bola ke dalam gol
2. Perempuan Dewasa - Berpasangan menjatuhkan tin menggunakan bola
3. Berpasangan (Suami Isteri atau Anak) - memasukkan bola kedalam jaring
4. Kanak-kanak 3 - 4 tahun - mengutip gula
5. Kanak-kanak 5 - 7 tahun - membawa bola ping pong dengan sudu
6. Kanak-kanak 8 - 12 tahun - rebut kerusi
AJK Kelab Staf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis tersebut.